18 May 2010

Menonton Amelie in Concert di KLPAC

Baru lepas pulang menonton Amélie, artis folk pop dari France perform di KLPAC sempena festival Perancis di KL sekarang ni.

Tiket price RM30 dan RM 15 untuk student.

Saya sampai di KLPAC pukul 8.15, saya pergi ke kaunter tiket dan tanpa cakap apa pun, dia print tiket RM15 untuk student. Kawan saya yang sampai awal, beli tiket dengan harga RM30. Mungkin sebab saya datang dengan berbaju kemeja kotak-kota dan bawak bag laptop, jadi penjaga tiket tu assume saya student, lagipun muka saya memang nampak muda.

Persembahan daripada Amélie ni memang best. Ramai juga yang datang, adalah 60 orang. Dan majority audience adalah orang luar.

Tiada CD yang dijual sebelum dan selepas persembahan, jadi saya tinggalkan link dibawah ni untuk anda dengar dan appreciate musik minah france nih.

http://bit.ly/b9rhqJ

http://bit.ly/bsCFhx

http://bit.ly/cDFxSb

*Tiada mamat dan minah SLR yang sibuk duk ambil gambar sepanjang show berjalan dan ini sememangnya sesuatu yang bagus kerana tanpa distraction seperti itulah baru saya dapat menghargai sepenuhnya sebuah persembahan musik.

No comments:

Post a Comment