30 May 2010

Rindu.

Today is Sunday and it was ok.

Dinner di Black Canyon dengan parent. Saja bawak parent jalan-jalan. Balik rumah, kemas barang untuk pulang KL pagi Isnin. Then online aje. Streamyx masih macam haram jadah. Dah call customer service, tapi takda apa pun. Kata da reset connection, sama jugak, asyik turun naik speed nya. Tak stabil.

Setiap kali balik kampung, saya mesti stay sampai pagi Isnin. Lepas sarapan lebih kurang pukul 8 pagi baru saya gerak dari kampung terus ke ofis. Biasanya sampai ofis dalam 10.30 or 11 gitu. Tak ada masalah, tempat kerja saya fleksibel waktunya.

Mak suruh saya cari kerja di kampung je. Sejujurnya saya tak mahu. Bukan apa, keadaan kat rumah ni boleh buat saya gila if stay lama sangat.

Buat masa ni saya lebih prefer untuk pulang sebulan sekali ke kampung tengok diaorang, daripada terus duduk dan bekerja di kampung.

Dah tiga malam tak berada di bawah pengaruh, takda beza pun. Tapi rindu.

Mungkin Ini Yang Dinamakan Coming Of Age?

Well, yesterday was fun. Bangun pukul 12 tengahari, pergi kenduri kahwin, then pukul 3 balik rumah. 3.30 keluar semula ke rumah kawan bertunang. Lepas tu singgah Jusco buang masa belek-belek buku di MPH.

Balik rumah, lepas dinner keluar semula dengan ayah. Pergi beli barang sikit. Pukul 11.30 balik, then keluar semula untuk sessi minum-minum dengan kawan sekampung.

Ini semua buat saya fikir walau sebanyak mana masalah yang ada dalam diri, walau sebesar mana pun beban tanggungjawab yang terpaksa dipikul, life could be awesome if you want it to be.

Apa yang tak awesome adalah Streamyx yang lembab macam haram jadah di rumah ni.

Sepanjang dua tahun yang lepas, my life was fucking miserable. A nice chat with my dad today left me with so many things to reflect upon.

29 May 2010

Orang Kahwin Lagi.

Weekend ini saya pulang ke kampung. Ada kenduri pertunangan seorang kawan dari zaman sekolah menengah dulu, dan perkahwinan seorang saudara yang membawa kepada aktiviti berjumpa saudara-mara yang tidaklah disukai sebenarnya.

Saya juga yang masih belum berkahwin. Saya tak rasa macam nak kahwin, walaupun kekasih dah berkali-kali ajak kahwin. Tidak tahu apa punca sebenar, tapi saya memang lansung tak minat nak fikir pasal berkahwin.

Mungkin kerana setiap kali saya fikir pasal kahwin, saya hanya boleh membayangkan kegagalan diri saya melakukan tugas selaku seorang ketua keluarga. Saya tak mahu mengulangi kesilapan mak dan ayah.

So, biar kahwin lambat, asal bahagia.

25 May 2010

Lust

i look out this window
cant help it just to wonder that
how many people?
how many people are making it?
how many people are making love?
how many people are making love with someone they don't actually love?
how many people are making love with someone they don't actually love but loving it?

Rajah: Minat pulak kat yg belakang tuh. Daripada dvd scts sonique cinematic.

24 May 2010

Battle Protocol Yang Mengancam Rohani.

Sabtu yang lepas saya pergi tonton Sevencollar T-shirt The Battle Protocol di KLPAC.

Memang fucking awesome show tuh. Kepuasan yg lain macam. Dari segi performance, showmanship, audio serta visual yang diberi. Memang berbaloi sangat tiket RM43.

Rugi pulak tengok hari Sabtu, sebab if saya tengok hari Jumaat, memang konfem saya akan pergi tengok lagi hari Sabtu.

Apa yg saya nak bgtau adalah, memang tak puas tengok The Great Battle. Kena main kat Istana Budaya pulak diaorang lepas nih. Confirm awesome!

Saya tidak rasa experience di show itu jadi awesome kerana saya menontonnya dibawah pengaruh, tapi memang kerana Sevencollar T-shirt itu, sedia adanya sebuah band yang terlampau bagus. Mungkin anda tahu apa perasaanya menonton persembahan yang bagus semasa dibawah pengaruh. Susah nak describe, tapi anda tahu ia awesome.

Rajah: Definition of Pure Awesomeness yang diambil dari fb scts

18 May 2010

Menonton Amelie in Concert di KLPAC

Baru lepas pulang menonton Amélie, artis folk pop dari France perform di KLPAC sempena festival Perancis di KL sekarang ni.

Tiket price RM30 dan RM 15 untuk student.

Saya sampai di KLPAC pukul 8.15, saya pergi ke kaunter tiket dan tanpa cakap apa pun, dia print tiket RM15 untuk student. Kawan saya yang sampai awal, beli tiket dengan harga RM30. Mungkin sebab saya datang dengan berbaju kemeja kotak-kota dan bawak bag laptop, jadi penjaga tiket tu assume saya student, lagipun muka saya memang nampak muda.

Persembahan daripada Amélie ni memang best. Ramai juga yang datang, adalah 60 orang. Dan majority audience adalah orang luar.

Tiada CD yang dijual sebelum dan selepas persembahan, jadi saya tinggalkan link dibawah ni untuk anda dengar dan appreciate musik minah france nih.

http://bit.ly/b9rhqJ

http://bit.ly/bsCFhx

http://bit.ly/cDFxSb

*Tiada mamat dan minah SLR yang sibuk duk ambil gambar sepanjang show berjalan dan ini sememangnya sesuatu yang bagus kerana tanpa distraction seperti itulah baru saya dapat menghargai sepenuhnya sebuah persembahan musik.

17 May 2010

Weekend Bersama Kekasih, Seafood Bagan Lalang, Dan Worms Open Warfare.

Weekend baru ini saya habiskan dengan meluangkan masa bersama kekasih. Dari sabtu hingga ahad malam isnin. Masa yang dihabiskan dengan orang tersayang memang sukar untuk di describe. Terlalu baik.

Seafood di Bagan Lalang memang awesome. Murah pulak tu. Cuma nak drive ke sana memang terasa jauhnya.

Weekdays memang depressing. Kerja. Kerja. Kerja. Process di tempat kerja saya memang membunuh jiwa.

Hari ini tiada apa yang menarik pun. Baru download game Worms untuk Nintendo DS saya tetapi belum transfer ke R4 lagi. Sebentar lagi sebelum tidur saya mahu main Worms. It will be awesome.

11 May 2010

Perkara Dari Ofis Yg Saya Nak Ingat. Nombor 2. Fantasi Yg Dipengaruhi Porno Pejabat, atau Badan Wanita Itu Adalah Seni Agung.

Selasa 11 Mei 2010.
7.30 PM.

Saya baru lepas makan chicken chop rice di meja ofis. Belum balik rumah lagi. Hari ini di ofis memang membosankan. Perkara yang sama. 2 tahun buat benda yang sama memang buat saya dah nak gila. Tempat kerja saya ini used to be fun, kini moodnya sangat depressing. Company ni memang gila. Menepati piawaian stereotype syarikat melayu.

Walaupun saya benci untuk pergi kerja, saya tetap pergi juga. Saya dah tak tahu pun kenapa saya pergi bekerja. Duit? bukan lagi motivasi utama. Saya perlu pergi kerja untuk mengisi masa. Mungkin juga saya tetap pergi ke ofis yang menyeksakan itu pada setiap hari hanya kerana tiga orang gadis, mungkin.

Di ofis saya, ada tiga gadis yang saya benar-benar ingin lihat mereka dalam keadaan bogel. Disebalik baju kurung dan tudung itu, saya tahu body mereka sebenarnya seksi, curvy dan cantik. Seksi. Ibarat dipahat oleh malaikat. Setiap hari saya perhatikan mereka. Apa fashion yang digayakan hari ini, dengan siapa mereka berbual hari ini, apa yang dibualkan, cara mereka berjalan, cara mereka menunggu mesin fotostat siap menfotostat dokumen. Outline body mereka disebalik kain licin baju kurung dan tudung itu, saya memang yakin mereka sangat cantik jika berbogel.

Realitinya, ketiga-tiga gadis ini tidak mungkin akan berbogel dengan saya. Yang sorang tu, sudah ada BF (juga seorang asshole) yg bekerja di company ini. Nama gadis ni Lina. Yang kedua, akan berkahwin dalam tahun ini. Dia tunang orang, namanya Atirah. Gadis ketiga, walaupun saya tahu dia single, saya sebenarnya tidak minat personaliti dia. Saya cuma minat appearance nya sahaja, jadi tidaklah pernah saya flirting dengannya., Cuma berbual pasal hal kerja. Saya rasa sebab itu dia single. Orang tak boleh tahan dengan personalitinya. Tapi kalau boleh, saya memang nak dia berbogel depan saya. Mahu ambil masa melihat dan menghargai keindahan badannya. Tak kasi pegang pun tak apa. Nak tengok je.

Hari ini, Lina pakai baju hijau. Saya perasan yang size breast dia agak menonjol. Mesti pakai push-up sebab beberapa minggu sebelum ini dia ada pakai baju yg sama, waktu itu breast nya tidaklah semenonjol hari ini.

Breast kau adalah motivasi kerjaku, Lina.

Perkara Yg Saya Terdengar Dari Meja Sebelah. Nombor 1.

Isnin Malam Selasa, 11 Mei 2010.
12.15 AM.

"Aku paling malas bila foreigner datang. Asal tawar nak kasi murah tak masuk akal. Benci doh aku..tambah-tambah orang arab."

"Masa aku berniaga nak raya baru ni, sampai seratus makcik tu beli tudung. gila lah. beli tudung dah habis banyak tu, berapa pulak beli benda-benda lain nak raya? sampai ke subuh raya aku berniaga..orang dah semayang raya baru kemas.."

Terdengar semasa makan nasi lauk paprik campur kat kedai bawah flat, lepas balik kerja jam 11.30 malam. Orang meja sebelah ada empat orang. Penjual tudung dan keronsang agaknya yang sorang tu.

10 May 2010

Perkara Dari Ofis Yg Saya Nak Ingat. Nombor 1.

Harini saya masuk ofis seperti biasa. Terpaksa ke tingkat atas untuk berjumpa dengan seseorang untuk copy files dari pc nya. Saya perlu gambar-gambar itu untuk presentation dengan client lusa.

Cucuk hard disk pada pc nya, dia klik open dan..dengan mode thumbnail windows vista, dua thumbnail large porn yang baru saya copy dari seorang rakan di rumahnya pada hari sabtu malam ahad yang lepas. Belum tengok lagi, copy je baru.

Jadi, mamat ni dah ternampak dua thumbnail tu. "Woah!!" Katanya kuat-kuat, menyebabkan dua orang awek yang duduk sebelah meja dia jeling ke skrin pc mamat nih. Saya memang yakin, dua awek tu jeling skrin pc tu sebelum posisi mata mereka kembali ke posisi asal sebelum mamat ni sebut "Woah!".

Saya tak rasa awek-awek tu akan kata saya pervert. Zaman internet ni, sapa tak pernah tengok porn? Awek pakai tudung pun dalam handphone ada 3gp bertudung. Cuma bawa porn ke tempat kerja, maybe lah salah. Tapi dalam kes saya, itu adalah an honest mistake.

Lain kali kena check dulu hard disk sebelum bawak pergi copy file di pc lain kat tempat kerja. Tambahan pula jika hard disk tu dah dibawa ke rumah member untuk copy porn sewaktu di bawah pengaruh.

05 May 2010

Pengalaman Spiritual Semasa Dibawah Pengaruh Bersama Nintendo DSi.

Harini time luch saya keluar ke Low Yatt untuk beli Nintendo DSi. RM750. Dapat 4GB TF Card, R4i, screen protector, dan protective pouch. Cina yang jual Nintendo ni memang menepati 80% description seorang meth addict. Tapi dia sangat friendly; kebanyakkan meth addict memang friendly.

Mula-mula ingat nak beli Nintendo DS XL, tapi saya rasa sizenya terlalu besar. Beza 50 ringgit je dengan DSi.

Kenapa Nintendo DSi lebih best daripada PSP (benda yang saya fikir sebelum/semasa nak beli):
  • Nintendo DSi ada stylus, gameplay pelik-pelik.
  • PSP banyak game action je, saya suka RPG.
  • Sebab saya suka main Mario Kart apabila dibawah pengaruh. Terlalu suka. Sebelum ni asyik main guna emulator di laptop aje. Sekarang saya boleh main sambil baring apabila dibawah pengaruh. Pengalaman yang sungguh spiritual I tell you.

Rajah: Stoner's Best Friend?

01 May 2010

Apakah Jadahnya Blog Ini?

Saya seorang beruang lelaki normal dari kampung yang bekerja biasa-biasa sahaja di kota raya Kuala Lumpur.

Saya menulis untuk mengekalkan kewarasan.

Dahulu, saya ada blog. Kemudian, saya ada facebook. Saya delete blog, disebabkan ada facebook. Kini, saya ada blog semula. Mungkin kerana facebook buat saya depress. Banyak beruang gila di sana.

Hidup ini kitarannya sekejap sahaja. Sebab itu saya rasa perlu menulis semula. Mencatatkan perkara buat kenang-kenangan generasi beruang yang akan datang.

Rajah: Beruang, 50 tahun akan datang.