Showing posts with label dokumentasi hidup. Show all posts
Showing posts with label dokumentasi hidup. Show all posts

03 July 2010

Sejuk.

Dah 10 tahun merokok, plus dadah-dadah lain yang obviously dah banyak messed up organ dan chemical balance otak saya.

Dua minggu yang lepas saya sangat sibuk dengan kerja dan projek baru. Entah bagaimana dalam kesibukan itu datangnya satu epiphany untuk berubah dan harus berubah.

Sepanjang 10 tahun merokok, sudah banyak kali saya cuba berhenti. Paling lama berjaya pun cuma sebulan. Setelah difikir kegagalan lepas, saya cuma tinggal satu option. Cold turkey. Bukan hanya pada rokok, malahan pada benda-benda lain yang boleh dihisap dan keluarkan asap.

Kali ini saya sudah ready. Withdrawal symptom telah dikenal pasti dan saya yakin saya boleh berdasarkan analisis kegagalan lepas.

Bermula hari ini, cold turkey dengan misi 45 hari.

02 June 2010

Tiga Hari Ini Normal.

Tiga hari ini agak baik. Dua kali keluar lunch berdua dengan Lina.

Tadi lepas kerja keluar dengan dua orang kawan. Cadangnya mahu menonton Prince of Persia, tapi tiket habis. Jadi beli tiket untuk Jumaat malam Sabtu pukul 9.45 malam. Disebabkan tak tengok movie, pergi lepak kedai mamak je.

Nasi putih daging merah dan telur goreng. Teh o ais dua.

Tiga hari ini memang tiada apa yang diluar kebiasaan. Pergi kerja, balik kerja, dibawah pengaruh, online, dibawah pengaruh, baca buku, tidur.

Gaji bulan ni dengarnya lambat jadi terpaksa berjimat.

30 May 2010

Rindu.

Today is Sunday and it was ok.

Dinner di Black Canyon dengan parent. Saja bawak parent jalan-jalan. Balik rumah, kemas barang untuk pulang KL pagi Isnin. Then online aje. Streamyx masih macam haram jadah. Dah call customer service, tapi takda apa pun. Kata da reset connection, sama jugak, asyik turun naik speed nya. Tak stabil.

Setiap kali balik kampung, saya mesti stay sampai pagi Isnin. Lepas sarapan lebih kurang pukul 8 pagi baru saya gerak dari kampung terus ke ofis. Biasanya sampai ofis dalam 10.30 or 11 gitu. Tak ada masalah, tempat kerja saya fleksibel waktunya.

Mak suruh saya cari kerja di kampung je. Sejujurnya saya tak mahu. Bukan apa, keadaan kat rumah ni boleh buat saya gila if stay lama sangat.

Buat masa ni saya lebih prefer untuk pulang sebulan sekali ke kampung tengok diaorang, daripada terus duduk dan bekerja di kampung.

Dah tiga malam tak berada di bawah pengaruh, takda beza pun. Tapi rindu.

Mungkin Ini Yang Dinamakan Coming Of Age?

Well, yesterday was fun. Bangun pukul 12 tengahari, pergi kenduri kahwin, then pukul 3 balik rumah. 3.30 keluar semula ke rumah kawan bertunang. Lepas tu singgah Jusco buang masa belek-belek buku di MPH.

Balik rumah, lepas dinner keluar semula dengan ayah. Pergi beli barang sikit. Pukul 11.30 balik, then keluar semula untuk sessi minum-minum dengan kawan sekampung.

Ini semua buat saya fikir walau sebanyak mana masalah yang ada dalam diri, walau sebesar mana pun beban tanggungjawab yang terpaksa dipikul, life could be awesome if you want it to be.

Apa yang tak awesome adalah Streamyx yang lembab macam haram jadah di rumah ni.

Sepanjang dua tahun yang lepas, my life was fucking miserable. A nice chat with my dad today left me with so many things to reflect upon.

29 May 2010

Orang Kahwin Lagi.

Weekend ini saya pulang ke kampung. Ada kenduri pertunangan seorang kawan dari zaman sekolah menengah dulu, dan perkahwinan seorang saudara yang membawa kepada aktiviti berjumpa saudara-mara yang tidaklah disukai sebenarnya.

Saya juga yang masih belum berkahwin. Saya tak rasa macam nak kahwin, walaupun kekasih dah berkali-kali ajak kahwin. Tidak tahu apa punca sebenar, tapi saya memang lansung tak minat nak fikir pasal berkahwin.

Mungkin kerana setiap kali saya fikir pasal kahwin, saya hanya boleh membayangkan kegagalan diri saya melakukan tugas selaku seorang ketua keluarga. Saya tak mahu mengulangi kesilapan mak dan ayah.

So, biar kahwin lambat, asal bahagia.

17 May 2010

Weekend Bersama Kekasih, Seafood Bagan Lalang, Dan Worms Open Warfare.

Weekend baru ini saya habiskan dengan meluangkan masa bersama kekasih. Dari sabtu hingga ahad malam isnin. Masa yang dihabiskan dengan orang tersayang memang sukar untuk di describe. Terlalu baik.

Seafood di Bagan Lalang memang awesome. Murah pulak tu. Cuma nak drive ke sana memang terasa jauhnya.

Weekdays memang depressing. Kerja. Kerja. Kerja. Process di tempat kerja saya memang membunuh jiwa.

Hari ini tiada apa yang menarik pun. Baru download game Worms untuk Nintendo DS saya tetapi belum transfer ke R4 lagi. Sebentar lagi sebelum tidur saya mahu main Worms. It will be awesome.

05 May 2010

Pengalaman Spiritual Semasa Dibawah Pengaruh Bersama Nintendo DSi.

Harini time luch saya keluar ke Low Yatt untuk beli Nintendo DSi. RM750. Dapat 4GB TF Card, R4i, screen protector, dan protective pouch. Cina yang jual Nintendo ni memang menepati 80% description seorang meth addict. Tapi dia sangat friendly; kebanyakkan meth addict memang friendly.

Mula-mula ingat nak beli Nintendo DS XL, tapi saya rasa sizenya terlalu besar. Beza 50 ringgit je dengan DSi.

Kenapa Nintendo DSi lebih best daripada PSP (benda yang saya fikir sebelum/semasa nak beli):
  • Nintendo DSi ada stylus, gameplay pelik-pelik.
  • PSP banyak game action je, saya suka RPG.
  • Sebab saya suka main Mario Kart apabila dibawah pengaruh. Terlalu suka. Sebelum ni asyik main guna emulator di laptop aje. Sekarang saya boleh main sambil baring apabila dibawah pengaruh. Pengalaman yang sungguh spiritual I tell you.

Rajah: Stoner's Best Friend?