03 July 2010

Sejuk.

Dah 10 tahun merokok, plus dadah-dadah lain yang obviously dah banyak messed up organ dan chemical balance otak saya.

Dua minggu yang lepas saya sangat sibuk dengan kerja dan projek baru. Entah bagaimana dalam kesibukan itu datangnya satu epiphany untuk berubah dan harus berubah.

Sepanjang 10 tahun merokok, sudah banyak kali saya cuba berhenti. Paling lama berjaya pun cuma sebulan. Setelah difikir kegagalan lepas, saya cuma tinggal satu option. Cold turkey. Bukan hanya pada rokok, malahan pada benda-benda lain yang boleh dihisap dan keluarkan asap.

Kali ini saya sudah ready. Withdrawal symptom telah dikenal pasti dan saya yakin saya boleh berdasarkan analisis kegagalan lepas.

Bermula hari ini, cold turkey dengan misi 45 hari.

15 June 2010

Akarnya segala kejahatan.

Duit takkan dapat mengubat jiwa yang cacat.
Duit cuma buat mereka yang sakit berkumpul setempat dengan harapan ada ubat.
Sedarlah cepat sebelum terlambat.
Duit takkan buat kau selamat dunia dan akhirat.

Aku dah cukup benci jadi hamba korporat.

09 June 2010

Bidadari Penjual Barang

Berjumpa lagi kita hari ini, gadis bertudung 7E.
Hujan renyai malam ini tak sangka jumpa kau lagi.
Semalam pukul 1 pagi aku pulang kerja kau masih ada.
Shift kau pukul berapa sebenarnya?
Terima kasih bidadari
Senyum kau semalam buat aku lena.

Mineral water, nescafe, terus-terusan berfikir
Mula-mula yang jaganya brother, kau sedang stoking barang tepi rak sebelah kaunter.
Waktu nak bayar yang datangnya kau pula.
Marlboro merah? Itu kau yang tanya.
Kau capai kotak separuh jalan nampak tersentak
Softpack ke kotak kau tak perlu tanya.
Kau dah faham. Softpack yang aku idam.

Kenapa tidak bertegur sapa? Rasanya kita dua-dua dah suka.
Senyum kau buat diriku tenang. Jiwa tenang, roh aku kau goncang.

Terima kasih pintu kaca aku balas senyumnya
Sampai bila mahu terus macam ni?
Bidadari penjual barang.

Drama Bukit

Mulanya nak cium sikit
Tapi kita bukan di bukit
Mulanya macam berakit
Perlukah disudah guna roket?
Bahu belikat yang makin sakit
Bilik sempit tilam penyet
Risau jika sakit-
Takut juga kalau-kalau sakit
Tak boleh tebus-tiada tiket
Mahu tiket? duit? duit?
Duit jawapan pengunci bukit
Sibuk fikir tilam penyet
Kenangkan juga jiwaku yang menjerit
Tiap-tiap pagi bila bangkit playback memori kau yang otakku ungkit
Sakit.
Didaki dengan jiwa yang terus menjerit
Hidup tak sepatutnya perit!
Bukit ini tiada sakit!
Kau yang buat aku sakit! Dah selalu ini diungkit
Bukit ini tiada sakit
Mulanya memang nak cium sikit
Dah geram mula nak memicit
Teruskan berjongkit atas rakit?
Tak perlu laju tak perlu roket
Aku tak bernafas dengan drama bukit tak endah juga dengan drama di bukit
Di atas ini masih ada perit tak jauh beza dengan yang tepi parit
Kotornya sama tetap melekit
Bukan sikit yang dah sakit yang ditujui tetap bukit
Sakit! Sakit Sakit!

08 June 2010

Lina, Kau Boleh Berenang Dalam Seluar Aku Kalau Kau Mahu.

Hari ini saya keluar lunch berdua dengan Lina. Mulanya saya bercadang untuk lunch di ofis sahaja sambil online, tetapi Lina sms "jom lunch sama" jadi apa lagi, saya iya kan saja la.

Lina ni gadis mix ibunya cina. Becermin mata, memang cantik, tetapi seperti yang pernah saya tulis sebelum ini, dia sudah ada teman lelaki. Itu buat saya kecewa. Memanglah saya pun sudah ada kekasih, tetapi fakta itu sikit pun tak halang saya daripada mempunyai nafsu terhadap Lina.

So, saya pun keluar lunch dengan Lina. Dia pakai baju kurung warna putih, ada sulam-sulam macam baju orang kahwin. Sedikit ketat di pinggang dan dada. Senang cerita, memang permandangan yang indah.

Semasa lunch, kami sembang-sembang kosong sahaja. Sembang kosong yang membawa kepada cerita dia baru masuk kelas berenang.

Kelas berenang.

Bikini.

Basah.

What the fuck?

Saya boleh membayangkan betapa indahnya Lina berbikini ketika belajar berenang. Dia ceritakan kepada saya tentang kelas berenang tu dengan agak detail yang membuatkan fikiran saya terus berimiginasi kepada permandangan-permandangan yang indah.

Rajah: Imaginasi saya. Bukan Lina. 2 minit sebelum babak seks bermula.

"Kiranya, lepas ni ko makin sexy la ye..dah start berenang pulak..berenang ni workout satu badan nih..lepas 3 bulan lagi curvy la ko ye?", kata saya dengan nada separuh serius.

Lina gelak besar lepas saya cakap tu. Kemudian dia cuma hirup teh o ais sambil senyum dan jeling kepada saya. Jelingan yang disulami aura nafsu. Lust. Saya yakin. Ini memang pandangan mata yg lusty. Saya cuma balas senyum sambil ajak dia kembali ke ofis.

"Aku tinggal sorang je kat umah dua minggu nih..bosan weh malam-malam.." Kata Lina dengan jelingan penuh lust.

Adakah ini signal supaya saya ajak dia keluar? Housematenya pergi umrah dua minggu.

Saya tak mahu curang kepada kekasih saya, tapi apa salahnya ada affair dengan perempuan yang juga ada kekasih, win-win situation kan tu..?