09 June 2010

Bidadari Penjual Barang

Berjumpa lagi kita hari ini, gadis bertudung 7E.
Hujan renyai malam ini tak sangka jumpa kau lagi.
Semalam pukul 1 pagi aku pulang kerja kau masih ada.
Shift kau pukul berapa sebenarnya?
Terima kasih bidadari
Senyum kau semalam buat aku lena.

Mineral water, nescafe, terus-terusan berfikir
Mula-mula yang jaganya brother, kau sedang stoking barang tepi rak sebelah kaunter.
Waktu nak bayar yang datangnya kau pula.
Marlboro merah? Itu kau yang tanya.
Kau capai kotak separuh jalan nampak tersentak
Softpack ke kotak kau tak perlu tanya.
Kau dah faham. Softpack yang aku idam.

Kenapa tidak bertegur sapa? Rasanya kita dua-dua dah suka.
Senyum kau buat diriku tenang. Jiwa tenang, roh aku kau goncang.

Terima kasih pintu kaca aku balas senyumnya
Sampai bila mahu terus macam ni?
Bidadari penjual barang.

No comments:

Post a Comment