09 June 2010

Drama Bukit

Mulanya nak cium sikit
Tapi kita bukan di bukit
Mulanya macam berakit
Perlukah disudah guna roket?
Bahu belikat yang makin sakit
Bilik sempit tilam penyet
Risau jika sakit-
Takut juga kalau-kalau sakit
Tak boleh tebus-tiada tiket
Mahu tiket? duit? duit?
Duit jawapan pengunci bukit
Sibuk fikir tilam penyet
Kenangkan juga jiwaku yang menjerit
Tiap-tiap pagi bila bangkit playback memori kau yang otakku ungkit
Sakit.
Didaki dengan jiwa yang terus menjerit
Hidup tak sepatutnya perit!
Bukit ini tiada sakit!
Kau yang buat aku sakit! Dah selalu ini diungkit
Bukit ini tiada sakit
Mulanya memang nak cium sikit
Dah geram mula nak memicit
Teruskan berjongkit atas rakit?
Tak perlu laju tak perlu roket
Aku tak bernafas dengan drama bukit tak endah juga dengan drama di bukit
Di atas ini masih ada perit tak jauh beza dengan yang tepi parit
Kotornya sama tetap melekit
Bukan sikit yang dah sakit yang ditujui tetap bukit
Sakit! Sakit Sakit!

No comments:

Post a Comment