03 June 2010

Siri Pengembaraan Karim The Stoner - Intro.

Rajah: Bukan Karim.

Jarinya terus mencapai gumpalan yang telah dipotong halus. Tersedia berlapikkan majalah. Matanya tak berganjak merenung skrin. Gumpalan itu disumbat kedalam mangkuk besi lalu dinyalakan. Deras air berkocak. Karim menyedut dengan sepenuh perasaan, itu stail kegemarannya time menarik. Matanya masih tak berganjak daripada skrin ketika dia menghembuskan asap harum baunya ganja.

Karim bangun lalu menyarung t-shirt size M ke tubuhnya. Dia nak keluar ke Seven-Evelen beli Coke dan M&M's.

Itulah rutin harian Karim selepas balik kerja. Kebiasaanya dia akan sampai ke rumah pukul 7.30 malam. Selepas mandi, dia akan makan sambil tonton berita jam 8. Sebatang rokok selepas cuci pinggan dan buang sampah, dia akan 'stone'. Baginya, aktiviti membeli Coke dan M&M's adalah satu bentuk senaman, kerana dia berjalan kaki.

Semasa berjalan, kepalanya akan melayang dan memikirkan apa saja yang terfikir. Kadangkala, melihat perbuatan ringkas oleh individu lain boleh menyebabkan dia befikir secara berlarutan mengenai individu itu.

Contohnya dua malam lepas, juruwang Seven Eleven bertudung itu kelihatan macam senyum lebih-lebih kepada Karim. Gesture seperti itu mampu membuatkan Karim jauh berfikir mengenai juruwang itu hingga dalam keadaan berbogel, di bucu katil, merayu-rayukan zakarnya Karim. Dia memang cepat horny bila stone, tapi bukanlah sentiasa begitu.

Kadang-kadang Karim agak intelektual bila stone. Dia mampu mengupas sesuatu cerita atau isu kepada yang mendengar dengan cukup menarik, walaupun cerita atau isu yang disampaikan hanyalah perkara yang tidaklah berapa penting sangat pun untuk kebanyakkan orang, seperti bagaimana watak Mario dalam Super Mario Bro. itu diinspirasi berdasarkan tuan rumah kepada pencipta Mario. Itulah kelebihan Karim, dia pintar dalam bentuk yang charming. Dia lebih banyak dapat main dengan awek berbanding Rustam, housematenya.

Personaliti seorang stoner adalah sesuatu yang sangat menarik untuk dikaji, at least untuk diri saya. Izinkan saya menceritakan pengembaraan Karim, seorang kenalan.

No comments:

Post a Comment